St. Kitts & Nevis Business Watch
SEE OTHER BRANDS

The latest business and economy news from Saint Kitts and Nevis

Duck Creek Meraih Lima Anugerah Celent XCelent bagi Kecemerlangan Teknologi Insurans

Duck Creek Diiktiraf Sebagai Luminary dan Peneraju Teknologi dalam Laporan Celent Mengenai Sistem Pentadbiran Polisi Insurans Hartanah & Kasualti di Amerika Utara, APAC, EMEA dan LATAM

BOSTON, July 23, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia global yang mentakrifkan masa depan insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menerima lima Anugerah XCelent Advanced Technology 2025 daripada Celent melalui laporan Policy Administration Systems: P&C Insurance bagi Amerika Utara, EMEA dan LATAM. Duck Creek meraih tiga anugerah Advanced Technology XCelent bagi rantau Amerika Utara, EMEA dan LATAM. Syarikat itu turut menerima Anugerah Breadth of Functionality dan Customer Base and Support XCelent untuk pasaran Amerika Utara.

Duck Creek turut dinobatkan dan diiktiraf Sebagai Luminary dalam Laporan Amerika Utara dan Diiktiraf Sebagai Peneraju Teknologi dalam Edisi Serantau EMEA, APAC dan LATAM bagi Laporan Sistem Pentadbiran Polisi: Insurans Hartanah & Kasualti. Gelaran Luminary merupakan pengiktirafan tertinggi daripada Celent, yang mencerminkan kecemerlangan Duck Creek dalam kedua-dua aspek teknologi dan fungsi. Sementara itu, kategori Peneraju Teknologi (Technology Standout) menyorot penyelesaian moden yang menekankan inovasi dan ketangkasan teknikal.

“Duck Creek Policy merupakan sistem pentadbiran polisi berasaskan awan yang moden, menawarkan fungsi kukuh melalui antara muka yang direka dengan teliti dan mudah digunakan. Tahniah kepada Duck Creek atas pengiktirafan sebagai Luminary di Amerika Utara dan pencapaian kedudukan teratas dalam Matriks Keupayaan Teknikal Celent merentasi pelbagai rantau global dalam laporan Vendor Sistem Pentadbiran Polisi 2025 untuk insurans Hartanah & Kasualti (P&C),” kata Karlyn Carnahan, CPCU, Ketua Insurans | Amerika Utara, Celent.

Duck Creek meraih penilaian cemerlang dalam laporan tersebut hasil daripada sistem pentadbiran polisi berasaskan awan yang matang dan digunakan secara meluas oleh pelbagai syarikat insurans di seluruh dunia. Direka dengan ruang kerja berasaskan persona, platform Duck Creek menyokong proses pengunderaitan dan perkhidmatan polisi dengan kemudahan penggunaan serta kecekapan yang tinggi. Seni binanya memanfaatkan Microsoft Azure untuk DevOps asli awan, menyokong kitaran pelepasan setiap dua minggu dan dilengkapi dengan enjin penarafan bersepadu bagi logik harga yang boleh dikonfigurasi.

“Pengiktirafan Celent merentasi tiga laporan serantau mengesahkan bahawa pendekatan kami terhadap inovasi dalam pentadbiran polisi benar-benar memberi impak,” kata Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif Duck Creek Technologies. “Duck Creek Policy bukan sekadar pemodenan—ia tentang memberikan keupayaan kepada syarikat insurans di seluruh dunia untuk bersaing dengan tangkas, bertindak pantas terhadap peluang dan menyampaikan pengalaman yang mendorong kejayaan jangka panjang.”

Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kejujuran, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran daripada kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service